Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) nekad untuk segera membersihkan pulau-pulau peranginan atau resort di pantai Timur Sabah daripada pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah.
Ini kerana menurut Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek, golongan itu dan berpotensi menjadi tali barut atau pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan.