Pensyarah Universiti Putra Malaysia Amin Amir Abdullah mendakwa bahawa orang Kristian sengaja menguasai bahasa tempatan untuk menyebarkan agama mereka. Ini termasuk menggunakan nama tuhan yang digunakan oleh rakyat sesebuah negara itu.
Bercakap pada sebuah forum tentang kesucian nama Allah di Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu, beliau juga berkata bahawa kalimah Allah tidak wujud dalam Bible.