Majlis Gereja kecam dakwaan presiden Isma tentang mubaligh Kristian

KiniTV 2019-08-27

Views 2

Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM) Hermen Shastri membidas Ikatan Islam Malaysia (Isma) berhubung kenyataan tentang pemimpin Kristian tempatan di konvensyen Ummah pada Ahad lalu. Shastri berkata pihaknya "mengecam dengan keras" kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Gerakan Pembela Ummah dan presiden Isma Aminuddin Yahaya yang mendakwa liberalisme dan Kristianisasi menimbulkan ancaman kepada Islam.
"Ia tidak berasas dan bermaksud untuk menakut-nakutkan umat Islam agar melihat orang Kristian sebagai musuh. "Ia hanya menunjukkan bahawa Ummah bankrap idea-idea dan oleh itu, merasakan perlu menggunakan taktik sedemikian untuk memecahkan negara kita dan menimbulkan ketakutan antara agama," katanya, seperti dilapor Malay Mail.

Sastri berkata tuduhan Aminuddin boleh dianggap membangkitkan kebencian terhadap masyarakat agama minoriti. "Pihak berkuasa perlu bertindak tegas untuk menghentikan tindakan sedemikian yang berusaha menghancurkan hubungan antara agama yang baik di negara ini," katanya. Aminuddin, dalam ucapannya, mendakwa mubaligh Kristian secara terbuka mengajar kepada umat Islam.

Share This Video


Download

  
Report form