Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan polis syariah bagi mengawal semua kesalahan jenayah Syariah yang berlaku di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara cadangan tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.