'Saya tahu ada yang sakit hati, tapi ia tak bawa kemana-mana' - Bung Moktar

KiniTV 2020-09-10

Views 2.9K

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin menyeru ahli-ahli gabungan Perikatan Nasional untuk mengenepikan rasa tidak puas hati hasil dari perbalahan politik dan mereka perlu bersatu untuk meyakinkan jentera pilihan raya mereka.

Beliau merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang merupakan parti pecahan UMNO, dan menganggapnya sebagai 'kawan lama' dalam ucapannya hari ini.

Terdahulu beliau menyifatkan pilihan raya negeri Sabah yang akan datang merupakan masa yang terbaik untuk gabungan itu menumbangkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata demikian ketika berucap di majis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN dan Bersatu di Kota Kinabalu, Sabah pagi ini

Share This Video


Download

  
Report form