Kekecohan berlaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tempat sambutan Hari Australia, malam semalam, apabila aktivis Himpunan Hijau dihalang oleh pegawai keselamatan daripada menghadiri upacara berkenaan.
Mereka yang diketuai oleh Wong Tack menuntut kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan ditutup dan mendesak bahan itu dibawa pulang ke Australia.
Akibatnya berlaku kekecohan termasuk tarik menarik dan pergelutan kecil.