Aktivis pelajar Ali Abd Jalil menjelaskan beliau melarikan diri ke Sweden kerana dilayan seperti 'sampah' dan diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis, termasuk PERKASA dan Umno.
Menurut aktivis yang ditahan berulang kali mengikut Akta Hasutan 1948 itu berhubung tulisannya yang didakwa menghina kerabat istana, beliau turut menerima ancaman bunuh.