Orang ramai termasuk mereka yang meraikan sambutan tahun baru 2014 di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad mula berkumpul. Sebuah konsert dijadualkan sebentar nanti.
Tidak ramai anggota polis juga kelihatan di ketiga-tiga lokasi yang bakal menjadi tempat berkumpul peserta iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni pada jam 9 malam ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka, kira-kira sejam kemudian.