Sekumpulan kecil nelayan dan petani hari ini menyertai kira-kira 30 aktivis yang mempersembahkan satu sketsa sebagai simbolik bantahan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang kini masih di peringkat rundingan.
Sketsa bertajuk kedaulatan makanan negara itu menampilkan tiga orang aktivis yang masing-masing memakai topeng wajah presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.