Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ahli parti supaya tidak lemah semangat sehingga melupai erti sebenar perjuangan berikutan kekalahan mereka di Kedah.
Sebaliknya, kata beliau, kegagalan mengekalkan kerajaan negeri Kedah harus dijadikan sebagai iktibar dan meminta ahli parti agar bermuhasabah diri dan tidak menjadikan faktor lawan semata-mata sebagai penyebab kekalahan.