Dewan Rakyat hari ini kecoh pula apabila Azmin Ali (PKR-Gomabk) menyoal sama ada isteri perdana menteri layak menggunakan pesawat negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia boleh sekiranya diluluskan oleh jemaah menteri, tetapi wakil rakyat pembangkang mendakwa berlaku percanggahan kepentingan apabila mesyuarat itu dipengerusi oleh perdana menteri.