Sesi perbahasan di sidang Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh dengan pertikaman lidah beberapa anggota Parlimen berhubung penggunaan bahasa Inggeris di dewan itu.
Keadaan bermula apabila Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri mengemukakan soal hak anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam bahasa Inggeris.
Beliau yang memulakan ucapan perbahasannya dalam bahasa Malaysia, kemudian beralih ke bahasa Inggeris menyatakan hak itu terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.