ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berpendapat "triumph card" UMNO adalah agama dan perkauman, tetapi melalui Pakatan Rakayat, rakyat telah memecah tembok Perkauman, tembok agama yang sempit. Turut serta sebagai panelis dalam dialog 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' adalah Naib Presiden PAS Husam Musa, Salahudin Ayub dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.