'Jangan terbawa-bawa sentimen perkauman dan agama sempit'

KiniTV 2018-12-11

Views 1.9K

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan komited untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) kerana kebimbangan dan kekhuatiran mungkin Icerd digunakan untuk mempertikai kesahihan peruntukan perlembagaan persekutuan.

"Atas alasan itulah maka dibincangkan untuk ditangguhkan tetapi perkara ini menjadi keresahan dikalangan masyarakat melayu maka kita menolak ratifikasi Icerd.

"Sekarang ini pendirian kerajaan dan usul saya di Parlimen adalah untuk menolak (Icerd) jadi tidak timbul lagi masalah.

"Cuma saya nak jelaskan jangan kita terbawa-bawa dengan sentimen perkauman atau agama sempit yang dibangkit seolah-olah kita berlembut dalam hal ini. Baik karajaan BN dulu atau Pakatan Harapan sekarang soal peruntukan perlembagaan tidak pernah dipertikai," kata Anwar pada sesi dialog Meet Anwar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, malam tadi.

Share This Video


Download

  
Report form