Notis pindah: Pak Mie, saman saya jangan salahkan anjing

KiniTV 2015-08-15

Views 28

Pada awal bulan Februari 2013 yang lalu, kami telah memuat naik kisah sepasang suami isteri berbangsa Melayu yang menjaga hampir 500 ekor anjing dan 200 ekor kucing di negeri Kedah. Azmi bin Ismal atau lebih mesra dipanggil Pak Mie telah menceritakan bagaimana apa yang dilakukannya itu boleh bermula dan segala macam cabaran yang harus dilalui oleh beliau dan isteri Mak Intan.

Kisah tanah dimana kawasan perlindungan anjing dan kucing yang didirikan Pak Mie telah mendapat perhatian pihak berwajib setelah ramai yang mengadu tentang apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

Pada 4 september yang lalu Pak Mie telah menerima satu surat yang menghendakkan beliau keluar dari tempat perlindungan beliau pada 19 september 2013. Bagaimana dengan nasib anjing dan kucing yang diperlihara Pak Mie? Ikuti rakaman perbualan telefon wartawan KiniTV bersama Pak Mie mengenai isu berkenaan.

Video berkait : https://www.youtube.com/watch?v=E63rSm1LFIc

Share This Video


Download

  
Report form