Garis panduan untuk pemerhati pilihan raya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk larangan bercakap kepada media tanpa kebenaran SPR, akan menghalang mereka daripada menjalankan tugasnya, kata Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata sekretariat Pakatan bermesyuarat hari ini untuk meneliti garis panduan tersebut, dan memutuskan untuk mengemukakan bantahan kepada SPR.