PAS puji DBKL, garis panduan baharu penjualan arak sudah diguna di Eropah

KiniTV 2020-12-14

Views 1.1K

Ahli parlimen Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman memuji tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan garis panduan dan syarat permohonan lesen minuman keras yang baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata perkara ini dapat membendung pemandu mabuk sehingga berlaku kemalangan jalan raya dan meragut nyawa.

Katanya juga peraturan dan garis panduan ini digunakan di negara-negara maju di Eropah di mana pembelian minuman keras sangat dikawal.

Oleh itu katanya ini bukanlah soal agama.

Share This Video


Download

  
Report form