Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan semua ahli parlimen PAS yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara akan kekal sebagai ahli parlimen.
Katanya, menukar parti tidak akan menyebabkan kedudukan seseorang ahli parlimen gugur, kecuali mereka yang hilang akal, muflis dan mereka yang didakwa dan dipenjarakan.