Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyarankan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut membantu MARA menyelesaikan siasatan berhubung skandal hartanah di Australia dengan menyerahkan dokumen dan bukti-bukti kepada pihak penyiasatan.
Kenyataan balas ini dibuat selepas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat sidang akhbar berhubung isu pembelian hartanah MARA di Autralia.