Hadi berjaya batal saman cabar hudud

KiniTV 2015-11-09

Views 761

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membatalkan permohonan saman pemula empat individu yang memohon untuk mencabar usul pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen yang membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Keputusan itu dibuat hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad yang memerintahkan bahawa permohonan itu perlu dibuat melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula.

Share This Video


Download

  
Report form