Ketua Pembangkang , Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima memorandum bantahan terhadap Rang Undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.
Memorandum itu diserahkan oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) yang diwakili oleh Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM) Datuk S Ambiga.