Haima, salah satu taufan yang paling kuat melanda Filipina mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.
Banjir dan tanah runtuh yang berlaku memusnahkan beribu-ribu rumah penduduk.
Haima kini menuju Hong Kong dan pihak berkuasa sedang mengambil langkah berjaga-jaga selepas amaran taufan tropika dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi tadi.