Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Negeri Johor diselitkan dengan kunjungan beliau ke Kilang Bateri di Jalan Tampoi Johor Bahru.
Bukan itu sahaja menerusi laman Facebook rasminya Najib Razak turut membuat rakaman secara langsung mengenai kunjungan ke Kilang Bateri.
Malah tidak cukup dengan itu menerusi blognya najibrazak.com tulisan mengenai pengalaman beliau terhadap kunjungan itu turut dimuat naik.
Dalam blognya Najib berkata bahawa belia memang sudah lama teringin untuk berkunjungke Kilang Bateri kerana mendengar kata orang tak sah ke JB kalau tak singgah ke Kilang Bateri. Memang ‘happening’!