Bekas perdana menteri Najib Razak semalam berseloroh dengan mengucapkan ‘selamat datang’ kepada ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke 'kluster mahkamah'.
Ini susulan bekas menteri belia dan sukan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.