Seorang penyokong kumpulan pengganas Daesh mengucapkan tahniah di media sosial selepas kejadian letupan sewaktu konsert penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena yang mengorbankan 19 orang mangsa.
Reuters melaporkan bagaimanapun, masih belum ada sebarang kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab di sebalik serangan tersebut.
Sementara itu, polis British menyifatkan kejadian letupan berkenaan sebagai insiden keganasan.
Beberapa laman Twitter yang dikaitkan dengan Daesh memberikan mesej ucapan tahniah, dengan sesetengah pengguna menggalakkan serangan serupa dilancarkan di tempat lain.