Tiada maki hamun, tiada kemarahan berbentuk fizikal, selepas protes senyap 'emoticon' Ultras Taming Sari (UTS) tampil lagi dengan nyanyian dan 'joget' buat pasukan kesayangan mereka Melaka United (MU).
Di kala ketidakseimbangan prestasi pasukan MU bergelut untuk kekal di Liga Super 2018, prestasi untuk aksi Piala Malaysia 2017 juga turut mengalami prestasi hambar.
Terbaru kekalahan 2-6 di tangan Kedah menjadi puncak buat UTS untuk mendedangkan lagu buat keseluruhan para pengurusan dan pemain MU.
"Terima kasih kalah lagi" di nyanyikan UTS khas buat MU sebagai tanda ketidakpuasan hati meraka terhadap prestasi pasukan yang sungguh memilukan.