Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada penganjur Himpunan Kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) esok, di atas sokongan yang ditunjukkan dalam keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Icerd.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta penganjur membantu pihak polis dan pihak berkuasa lain dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam serta menjaga alam kebersihan setempat.