Suasana pilu terus menyelubungi skuad badminton negara di Glasgow, Scotland apabila pasangan beregu utama negara pula tersingkir untuk Kejohanan Dunia.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong kalah kepada pasangan Korea Selatan, dalam dua set Chung Eui Seok-Kim Dukyong, 18-21, 16-21.
Semalam skuad negara dikejutkan dengan kekalahan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei pada pusingan pertama. Cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki di kejohanan itu berakhir selepas pemain profesional, Zulfadli Zulkifli tersingkir di pusingan kedua.
Kini hanya beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang akan turun untuk aksi pusingan ketiga esok, dan satu lagi pasangan beregu lelaki, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming yang akan turun beraksi di pusingan kedua, hari ini.