Panas, memang panas itu yang berlaku apabila tamat aksi kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia bertemu Hong Kong malam tadi.
Keputuan pengadil daripada Australia, Christopher James Beath menghadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan babak kedua buat Hong Kong cukup kontroversi.
Sebaik wisel ditiupkan, jurulatih Malaysia, Nelo Vingada pantas memasuki padang menuju ke arah pengadil namun dihalang Safiq Rahim, Aidil yang dilayangkan kad merah turut berbuat demikian.
Keadaan tak terkawal itu memaksa kesemua pengadil di bawa keluar padang sambil diringi pegawai selamatan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.