Lupakan sebentar tafsiran pengadil yang membatalkan gol Perak ketika menentang JDT sabtu lalu.
Kerana jika anda melihat tindakan pengadil ini, pasti anda rasakan sesuatu yang lebih teruk sedang berlaku pada sistem pengadilan bola.
Dalam satu perlawanan di Liga Arab, seorang pengadil memberi kad kuning kepada pemain kerana membuatkan beliau terjatuh.
Jelas menerusi rakaman pengadil tersebut berlari menuju pemain tersebut tanpa melihatnya dan jatuh setelah tersadung sendiri kaki pemain tersebut.
Tanpa berfikir panjang pengadil tersebut bangkit dan melayangkan kad kuning kepada pemain tersebut.