Gadai nyawa paut bawah bas mahu jumpa ibu bapa

KiniTV 2017-11-28

Views 3.3K

Dua kanak-kanak bergadai nyawa apabila sanggup menyorok di bawah bas selama tiga jam dari rumah mereka di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi semata-mata untuk bertemu ibu bapa yang bekerja jauh di bandar.

Kanak-kanak berusia sekitar lapan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan selepas perjalanan sejauh 80 kilometer (km) apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin, lapor media China.

Sebelum itu, mereka dikatakan melarikan diri dari sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula dan mencari ruang di bahagian bawah bas itu sebagai tempat menyorok.

Perjalanan agak jauh yang dilalui kedua kanak-kanak itu menyebabkan anggota badan masing-masing dipenuhi lumpur sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Share This Video


Download

  
Report form