Kerajaan negeri Terengganu menganggarkan lebih RM14 juta nilai kerosakan barangan dan infrastruktur sekolah-sekolah yang dilanda banjir di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, ia melibatkan 192 sekolah yang ditenggelami air dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan Di Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.