Hampir setengah juta individu telah diberi penerangan mengenai cukai barang dan perkhidmatan, GST, setakat ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata, penerangan itu sebahagian daripada program taklimat dan latihan mengenai GST yang dilaksanakan di seluruh negara.