Siasatan punca nahas helikopter yang mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih dua minggu lalu memasuki fasa baru. Lebih banyak persoalan mula timbul selepas rakaman dalam alat perakam suara kokpit CVR mendedahkan, tiada seorang pun di dalam pesawat itu bersuara sejurus, sebelum ia terhempas.