Bekas pegawai khas Najib direman 7 hari

KiniTV 2018-06-25

Views 27.6K

Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Lelaki bergelar 'Datuk' itu dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapat perintah reman.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman tujuh hari dari hari ini sehingga Ahad ini.

Share This Video


Download

  
Report form