KUALA SELANGOR 3 Feb. - Golongan nelayan di kawasan Parlimen Kuala Selangor bakal menikmati limpahan ekonomi dari segi peningkatan pendapatan menerusi penyaluran peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk membangunkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Sungai Sembilang di sini sebagai hab agro pelancongan utama di negara ini.