Mat Hasan sebak, minta maaf

KiniTV 2018-09-29

Views 14.2K

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan sebak ketika memulakan ucapan merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2018, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Di awal ucapannya juga, Mohamad yang segak berbaju Melayu berwarna ungu mengakui perasaannya sangat berkecamuk.

Selaku orang nombor dua Umno, Mohamad dalam ucapannya memohon maaf secara terbuka kepada akar umbi kerana gagal untuk terus mengekalkan kerajaan BN selepas 9 Mei lalu.

Share This Video


Download

  
Report form