Kabinet telah memutuskan rundingan Laluan Pantai Timur (ECRL) antara Malaysia dan China akan diteruskan secara persendirian dan sulit, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurut Guan Eng lagi, kabinet juga mengeluarkan larangan terhadap Menteri daripada bercakap mengenai perundingan ECRL.
Guan Eng berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya petang tadi.