Dera seksual kanak-kanak: 'Kalau tak boleh selesai, tak payah jadi menteri!'

KiniTV 2021-09-29

Views 2

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) hari ini menyuarakan isu kekurangan mahkamah dan bilik saksi khas bagi menangani kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Bekas menteri undang-undang itu berkata, perkara ini membimbangkan susulan pandemik Covid-19 yang menyaksikan peningkatan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Azalina turut mempersoalkan bagaimana menteri yang bertanggungjawab akan menyelesaikan isu perlaksanaan mahkamah khas tersebut yang telah tertangguh sekian lama.

Share This Video


Download

  
Report form