Khaled Nordin, Idris Ahmad ketuai JK Umno-PAS

KiniTV 2019-03-13

Views 1.6K

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad akan menjadi penyelaras bersama jawatankuasa teknikal bagi kerjasama antara kedua parti tersebut.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata lima wakil rakyat daripada PAS dan Umno masih lagi melakukan kajian serta cadangan berkaitan kerjasama itu akan diputuskan secara bersama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Anggota Parlimen Ketereh itu turut berkata, isu-isu lain seperti kerajaan campuran hanyalah spekulasi memandangkan hubungan itu baru di peringkat penubuhan jawatankuasa.

Annuar turut menambah jawatankuasa itu tidak hanya memfokuskan isu kerjasama antara PAS Umno sebaliknya melihat untuk mengembangkan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu yang lain.

Share This Video


Download

  
Report form