NGO-NGO Saudara Islam Semalaysia menggesa Mahkamah Persekutuan supaya membenarkan perbicaraan bagi kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Penasihat NGO tersebut, Shafik Abdullah berkata ia adalah bagi mengelakkan spekulasi dari mana-mana pihak dan mengelak laporan yang tidak tepat oleh segelintir media.