Tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Timbalan Menteri Kesihatan II Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata ia hasil penilaian kematian melalui bedah siasat walaupun terdapat 535 laporan melibatkan kes kematian di kalangan penerima vaksin dalam tempoh itu.