Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 60 (1) Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 (Akta1534).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata masih terdapat peruntukan yang boleh diguna pakai bagi membantu bankrap keluar daripada kemuflisan, termasuk melalui pelepasan di bawah sijil Ketua Pengarah Insolvensi untuk kes yang telah ditadbir selama lima tahun atau lebih seperti dalam Seksyen 33A Akta Insolvensi1 967.
Mereka yang bankrap juga boleh membuat permohonan pelepasan di Mahkamah seperti dalam Seksyen 33 dan dan 105 Akta Insolvensi1967.