Banyak cadangan mengenai MAS sedang dipertimbang, kata Dr M

KiniTV 2019-04-05

Views 1.2K

Kerajaan masih mempertimbang cadangan penjualan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd (MAS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, banyak cadangan diterima kerajaan berhubung penjualan syarikat penerbangan itu yang berdepan dengan masalah kewangan.

"Masih ada cadangan - nak jual atau patut jual, ataupun jual separuh.

"Ada juga cadangan supaya (diadakan) kerjasama dengan negara lain. Ini semua sedang dipertimbangkan," katanya kepada media di ibu negara petang tadi.

Bagaimanapun kata perdana menteri kerajaan belum membuat keputusan mengenai langkah yang akan diambil terhadap MAS.

Ditanya mengenai pihak yang menyatakan hasrat untuk membeli MAS, Mahathir sebaliknya memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pada 12 Mac lalu Mahathir menyatakan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk menjual syarikat penerbangan nasional itu.

Share This Video


Download

  
Report form