Gelagat calon BN bagi PRK Rantau Datuk Seri Mohamed Hashan menunjukan kertas undi selepas mengundi menimbulkan persoalan kemungkinan beliau sudah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Mohamad yang ditemani isterinya Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin membuang undi di SRJK (C) Chung Hua, Rantau.
Sesudah memangkah undi, Mohamad kemudian menunjukan kertas undi secara spontan ketika jurugambar hendak merakam gambar beliau.
Isteri beliau yang berada disebelah seakan menyedari kesalahan yang dilakukan Mohamad dan menyentuh badannya untuk mengingatkannya.
Mengikut Seksyen 39 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) larangan mengenai pendedahan undi, salah bagi seseorang untuk mendedahkan kertas undi.