Masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam kertas siasatan kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib Ogos lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed, tindakan itu dibuat susulan arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).