Cukup-cukuplah guna isu kaum dan agama untuk politik, pesan Dr M pada PAS

KiniTV 2019-05-09

Views 508

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihatkan PAS agar berhenti menggunakan isu agama dan kaum demi kepentingan politik mereka.

Dr Mahathir melahirkan rasa pelik sikap PAS yang boleh bekerjasama dengan Umno yang selama ini pernah mengkafirkan parti Melayu dahulu.

Kerjasama ini, kata Dr Mahathir, memperlihatkan PAS mempertahankan pemimpin-pemimpin BN yang merompak hasil wang negara ketika mentadbir kerajaan dulu.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baru di Putrajaya hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form