Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyatakan rasa sedih kerana ikhtiar kerja kebajikannya berubah menjadi isu perkauman dan agama.
Ini selepas seorang pensyarah kanan IPTA, Kamarul Zaman Yusoff menyenaraikan pelbagai kerja amal Sim dan memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati menerima bantuan daripada "mubaligh Kristian".