Parti Putra akan guna simbol tanjak, bakal bertanding pilihanraya

KiniTV 2019-09-19

Views 3.3K

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), 8 Mei lalu.

Putra akan menggunakan simbol tanjak, sekali gus memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk bertanding pilihan raya akan datang.

Presiden Penaja PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, parti itu secara rasminya sudah boleh menyertai pilihan raya selepas pihaknya menerima kelulusan itu dua hari lalu.

Menurutnya, penggunaan simbol tanjak itu memandangkan ia satu simbol pakaian orang Melayu yang membawa erti bukan saja budaya Melayu tetapi sifat kepahlawanan Melayu.

“Ertinya besok kalau ada pilihan raya kecil, PUTRA boleh bertanding. Dari segi semangat tu ada persediaannya, tapi kalau nak menyertai pilihan raya kita kena tengok dalam pelbagai faktor, kerana pilihan raya memerlukan jentera,” katanya pada sidang media

Share This Video


Download

  
Report form