Sebanyak 756 lokap di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau isu keselamatan tahanan dalam memantapkan integriti pihak berkuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pemasangan membabitkan kos RM73 Juta itu dijangka selesai hujung tahun ini.
“Bajet pemasangan CCTV ini diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang berlangsung di Putrajaya semalam bagi mengetahui kejadian yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam tahanan.
“Bagi lokap di mahkamah pula, kita difahamkan hakim dan pegawai melalui jalan yang sama dengan tahanan.... jadi keselamatan menjadi isu yang perlu ditekankan,” katanya.